Sebelum ini, kami ada menulis dengan ringkas perbezaan Hot Wheels siri keluaran 2016 dan 2017 di
.
Kali ini kami akan menulis perbezaan antara Hot Wheels 2017 dan 2018 pula.
Perbezaan pertama dan yang paling ketara adalah
Logo Hot Wheels pada keluaran 2017 dipaparkan dengan penuh pada kad, manakala
Logo Hot Wheels pada keluaran 2018 dipaparkan dengan lebih besar, tetapi tidak penuh.
Bahagian api di hujung kanan tidak kelihatan pada kad.
|
Logo Hot Wheels yang dipaparkan pada kad, sebelah kiri, 2018, sebelah kanan 2017. |
Perbezaan kedua pula adalah,
jenis tulisan atau font sudah berbeza.
Untuk keluaran 2017, font yang digunakan kelihatan formal dan menegak, manakala
font yang digunakan untuk keluaran 2018 pula kelihatan moden sedikit dan 'italic'.
|
Perbezaan font yang digunakan pada Hot Wheels 2017 & 2018, sebelah kiri, 2018 dan sebelah kanan, 2017. |
Hot Wheels keluaran 2018 juga mempunyai nombor siri */365,
sama seperti keluaran 2017, tetapi terdapat beberapa Hot Wheels Mainline
yang tidak memaparkan nombor siri pada sudut bucu kanan kad.
Adakah anda mempunyai tips lain untuk membezakan Hot Wheels keluaran 2018?
Kongsikan bersama kami.
|
Perbezaan am antara Hot Wheels 2016 & 2018. |
Untuk melihat senarai Hot Wheels yang kami jual,