Salah satu cara untuk kita membezakan Hot Wheels siri keluaran 2016 dan 2017 adalah dengan membandingkan nombor siri yang terletak di bucu kanan atas kad Hot Wheels.
Hot Wheels keluaran 2016 mempunyai nombor siri */250, dan
Hot Wheels keluaran 2017 mempunyai nombor siri */365.
Nombor siri ini hanya menandakan terdapat 250 model berbeza yang dikeluarkan dalam siri 2016.
Model yang sama, tetapi variasi warna yang berbeza tetap dikira satu model yang sama.
Manakala untuk keluaran siri 2017, terdapat 365 model yang berbeza, tetapi dengarnya walaupun model yang sama sekiranya variasi warna adalah berbeza, dianggap model yang berbeza.
Betul atau tidak, saya pun kurang pasti, kerana masih belum berjumpa model siri keluaran 2017, yang sama dengan variasi warna yang berbeza.
Untuk melihat senarai Hot Wheels yang kami jual, boleh rujuk di http://www.lelong.com.my/merchant/default.asp?sortBy=Price&UserID=piscespair&TheKeyword=WHEELS&show=List#List
BAJA Bone Shaker 2016 yang berwarna hijau vs BAJA Bone Shaker 2017 yang berwarna oren gelap. |
BAJA Bone Shaker 2016 yang berwarna hijau vs BAJA Bone Shaker 2017 yang berwarna oren gelap. |